Monday, January 14, 2019

Fenomena Alam Semesta Sebagai Bukti Keagungan Ciptaan Allah

DUA2012 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK : FENOMENA ALAM SEMESTA SEBAGAI BUKTI KEAGUNGAN CIPTAAN ALLAH

NAMA PENSYARAH : LIANA BINTI ABDUL SAMAT

NAMA AHLI KUMPULAN & NOMBOR PENDAFTARAN 

1 . MOHAMAD ASAKIRIN BIN ANNUAR - 02DKM18F1044
2 . ABDULLAH SIDIQ BIN SHUKOR - 02DKM18F1104
3 . MUHAMMAD DANISH BIN HAIZUAN -02DKM18F1154
4 . MUHAMMAD HAIKAL BIN ABU BAKAR - 02DKM18F1189

SESI JUN 2018

ISI KANDUNGAN

1.0 - PENDAHULUAN
2.0 - HURAIAN ISI
      - GERHANA
      - OMBAK MEMBEKU
      - LIGHT PILLAR
      - SUPERCELL     
3.0 - ISI 3
4.0 - KESIMPULAN
5.0 - LAMPIRAN
6.0 - SUMBER DAN RUJUKAN


1.0  PENDAHULUAN 

Allah s.w.t memberikan kelebihan kepada manusia iaitu akal dan fikiran agar manusia mampu untuk berfikir tentang rahsia-rahsia yang terdapat di langit dan di bumi untuk membawa mereka menuju kearah pemikiran yang benar. Namun begitu, manusia kadang-kadang gagal menggunakan akal dam fikiran mereka sepenuhnya dan hampir tidak menyedari bahawa di sekitar dan sekeliling mereka terdapat pelbagai tanda kebesaran Allah s.w.t. Sebagai contoh adalah tumbuh-tumbuhan, haiwan, fenomena-fenomena alam seperti gempa bumi,taufan,banjir,kilat,hujan,gerhana gunung berapi dan sebagainya adalah tanda-tanda kebesaran Allah yang perlu diketahui seluruh penduduk bumi khas nya kepada orang-orang yang beragama islam.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menyingkap pengertian sebenar mengenai tanda-tanda kebesaran Allah dan menghayati dengan sedalam-dalamnya hikmah disebalik kesemua penciptaanNya.

2.0 FENOMENA ALAM SEMESTA DI SERATA DUNIA

Fenomena alam adalah peristiwa non-artifisial dalam pandangan fisika, dan kemudian tak diciptakan oleh manusia,meskipun dapat mempengaruhi manusia. Namun begitu ,sebahagian besar fenomena alam tidak berbahaya seperti hujan. Sebaliknya, fenomena alam seperti letusan gunung berapi dan tornado dianggap bahaya dan dapat menimbulkan kematian. Fenomena adalah hal yang luar biasa dalam kehidupan di dunia dan dapat terjadi dengan tidak diduga dan tampak mustahil dalam pandangan manusia.

2.1 . GERHANA

Gerhana matahari dan bulan menurut islam memberi maksud ,makna dan hikmah untuk umat manusia. Dalam pandangan Islam, kehadiran gerhana menjadi cara Allah untuk menunjukkan kekuasaanNya kepada umat manusia


2.2 . OMBAK MEMBEKU

Gulungan ombak di pantai terlihat bergerak cepat dan kemudian hilang ketika sampai di pantai, namun apa jadinya jika melihat ombak membeku akibat dari rendahnya suhu pada waktu itu sehingga dianggap sebagai memicu pembekuan air, padahal seharusnya ombak laut mungkin bisa membeku saat musim dingin. Ombak beku di Air laut di Constanta tersebut menjadi pemandangan yang unik dan sangat indah.


2.3. LIGHT PILLAR

Fenomena 'LIGHT PILLAR' adalah fenomena visual yang tercipta kerana pantulan cahaya dan hasilnya begitu cantik dan mengagumkan.


2.4. SUPERCELL

Supercell sebenarnya merupakan kumpulan dari badai tornado yang lebih dari sekadar sel badai biasa dan fenomena ini amat menakut dan menyeramkan. Badai ini membentuk seperti gulungan sangat besar yang cenderung berputar dengan sangat cepat. Namun fenomena alam semesta yang luar biasa mengerikan ini adalah sangat jarang berlaku dan hanya boleh ditemukan di kawasan Amerika Syarkat sahaja.


3.0 FENOMENA ALAM DALAM PERSPEKTIF AL QURAN

Penjelasan sains moden mengenai fenomena alam yang terjadi hampir selalu terkait dengan Al-Quran. Padahal Al-Quran turun jauh sebelum ilmu pengetahuan berkembang pesat seperti sekarang. Salah satunya tentang kadar hujan yang sudah disebutkan dalam kitab suci umat islam ini.

Hasil penilitan moden menyebutkan tentang kadar dalam hujan ini. Diperkirakan dalam satu detik,sekitar 16 juta ton air menguap dari bumi. Angka ini menghasilkan 513 trilun ton air per tahun secara tetap. Angka ini ternyata sama dengan jumlah hujan yang jatuh kebumi dalam satu tahun. Ini menunjukkan bahawa hujan bersirkulasi dalam kadar yang seimbang menurut ukurannya.

Manakala dalam Al-Quran dengan tegas menyebutkan bahawa hujan diturunkan ke bumi dalam kadar tertentu, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hijr ayat 21 :

"Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi kami lah khazanahnya, dan kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu."

Dalam ayat lainnya disebutkan,

"Dan yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur) " (QS. Az Zukhruf:11)

"Kadar" yang disebutkan dalam ayat ini merupakan salah satu karakteristik hujan. Hujan secara terus-menerus bersirkulasi dalam sebuah siklus seimbang menurut "ukuran" tertentu.


4.0 - KESIMPULAN

Allah SWT di dalam Al-Quran berfirman, "kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri,sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya dia menyaksikan segala sesuatu?" (Fushshilat:53)

Begitu banyak tanda-tanda tentang kebesaranNya tanpa kita sedari . Kadang-kadang benda itu kita sendiri tidak jangkakan. Sesungguhnya ,Keagungan Allah SWT tiada tandingan. Kita sebagai umat islam wajib beriman kepada Allah kerana kita sudah bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah. 


5.0 - LAMPIRAN












6.0 - SUMBER DAN RUJUKAN

- Buku Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

- Https://www.gomuslim.co.id/read/khazanah/2018/09/15/8973/-p-termaktub-dalam-alquran-begini-fenomena-alam-tentang-kadar-air-hujan-p-.html

- Https://id.wikipedia.org/wiki/Fenomena_alam